BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 4, 2011

JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK

“Itulah alasan lapuk yang aku sudah malas mahu mendengarnya. Kononnya semasa di kampus inilah kena bercinta sebab zaman kerja nanti, silap-silap melepas,” luah hati Zaharah sambil membetulkan tudungnya.
“Mereka sanggup melayan dosa bercouple begitu… mereka sudah lupakah janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diatur-Nya? Mengapa mesti melayan dosa?” tambah Zeti untuk menyedapkan lagi perbualannya.
Setelah membaca dan menghadam Teori Evolusi Cinta yang saya nukilkan di saifulislam.com tentang keburukan hidup bergelumang cinta bertatah dosa, ramai yang berasa puas. Ada yang berpuas hati kerana bertambah yakin dengan pengorbanan diri menolak cinta atau memutuskan cinta yang pernah membelit jiwa. Ada juga yang berpuas hati kerana beroleh hujah-hujah mantap untuk membidas kawan-kawannya yang selama ini petah menangkis tazkirah.
Penulisan saya berkaitan dengan cinta, tidak pernah saya pisahkan daripada niat yang satu, iaitu untuk menunjukkan jalan yang betul dalam mengatur fitrah agar tidak menjadi fitnah. Teguran kepada anak-anak muda berkaitan dengan kebingungan mereka dalam menggarap persoalan cinta dan cabang-cabangnya, disampaikan dalam nada nasihat yang penuh empati, bukan titah hukuman mati. Hanya sesekali, saya cantas bunga-bunga bahasa, agar mesej yang ingin disampaikan terang benderang, apatah lagi setelah rimas melihat bunga diramas kera.
Tetapi reaksi pembaca yang menyokong tulisan saya, menimbulkan pula masalah yang baru. Mereka membuat kesimpulan-kesimpulan yang jauh dari apa yang saya maksudkan. Biar pun umum memahami bahawa artikel dan komen adalah dua komponen yang berasingan, namun secara separa sedar, ia menyerap dan saling melengkapkan pakej kefahaman, yang jauh dari mesej asal saya.
SALAH FAHAM
“Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan!” kata seorang pemberi komen. Bukan komen di blog saya, tetapi di halaman lain yang memetik tulisan saya.
Sesungguhnya di sinilah tertonjolnya satu krisis baru
Menolak cinta yang bergelumang dosa adalah sama sekali tidak bermaksud yang persoalan jodoh boleh dipisahkan dari usaha. Ia bertentangan dengan sunnatullah yang menuntut kita mengambil sebab musabab dalam kehidupan. Bagaimana kalau ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan?
“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki, bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan?”, ayat ganti dalam skop yang sama.
Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan, adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi, ikan di laut berenang ke pinggan, dan tangan menyuap tanpa usaha!
Tentu sahaja tidak.
Sudah tentu perbuatan berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, yang sudah menjadi kelaziman yang menggila di kalangan masyarakat kampus adalah perbuatan yang salah dan harus diperbetulkan. Namun menolak coupling tidak bermaksud yang seorang siswa dan siswi boleh duduk bertimpuh bertahajjud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya.
Usaha tetap usaha, dan zaman belajar tetap merupakan salah satu peringkat usia yang bagus untuk usaha ini dilaksanakan. Soal berkahwin semasa belajar ia subjek kepada diskusi khusus mengenainya. Namun mencari calon yang sesuai ketika di zaman pengajian, adalah langkah yang baik kerana kita duduk dalam lingkungan yang lebih banyak potensi kafa’ah dan sekufu dalam pencarian itu.
Akan tetapi jika berdua-duaan menggendong pasangan ke hulu hilir dianggap salah, apa lagi ikhtiar yang ada untuk mencari teman berkongsi nyawa?

Ingatlah Allah Sentiasa.

Hamba-Hamba ALLAH Sekalian,Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-manusia yang berasal dari air mani dan kemudian dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah, tidak terasa setinta takut kepadanya?Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik- cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga yang amat indah terlebih indah sehingga tidak terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dari selautan, dan selautan itu adalahakhirat...bayangkanlah, jika yang setitis nih pon kita telah tergoda oleh cantik danindahnya..bagaimana pula yang selautan itu? dapatkah kita gambarkan?Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada agama Allah tidak akan rugi, kemenangan manusia di dunia ini adalah dalam agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia dan di akhirat!Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang melemahkan kita. bersederhanalah dalam berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwadengan keseronokan, kita kini dipermainkan musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita, kuatkan masyarakat kita, kuatkan negara kita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!..dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..

Kiamat Suatu Yang Pasti!!

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat...
1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu
2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin..Zaman ini juga telah berlalu
3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit" .."menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu
4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela...
5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..
Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya...
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..
Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..
Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!!
Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5, seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..

Tanda-tanda Kiamat (kecil)
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
23. Keluarnya dajjal
Dan tanda tanda besarnya pula ialah...
* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab

BERIBADAHLAH DI BULAN MULIA

Rejab dan Syaaban merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu-pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredaan dan rahmat dari Allah SWT.

Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dan kelapan dalam kelendar Islam ini amat istimewa. Menurut Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu pada Nisfu Syaabannya.

"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud: "Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."

Sambung Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi, kejadian Isra' Mikraj tidak boleh dilihat berdasarkan zahir memandangkan rahsianya yang sukar untuk dibongkar. Namun, jika ditinjau dari sudut simbolik, sudah tentu ia memberikan begitu banyak pengetahuan dan pengajaran yang berguna khususnya buat umat Islam. Tegas beliau lanjut, peristiwa tersebut membabitkan dua bentuk perjalanan iaitu dari bumi ke bumi dan bumi ke langit. Isra' adalah merujuk kepada perjalanan pada waktu malam, manakala mikraj berjalan ke atas langit.